salam...post kali ney aku nk tulis pasal satu cerita yg mungkin berlaku dlm diri kita atau org sekeliling kita...cerita neyh aku dah buat dlm 3 taon lepas n belum diketengahkan lagi...pas bace, korang komen la ek...best ke tak best...ney dr hasil penulisan aku sendiri...so, enjoy ur reaDing...
##########################
Anita...nama yang terpahat dalam hatiku dan kini aku amat berbangga memilikinya. Seorang insan yang biasa dan tidak memiliki apa-apa yang boleh dikagumi. Tapi bagiku, kaulah yang membuatkan hatiku kenal apa itu sebuah kehidupan. Ya, kau memang tidak memiliki apa-apa untuk dikagumi. Walaupun kedua ibu bapa serta saudara maraku menolak impianku untuk menikahimu pada kali pertama, tetapi aku tetap mayakinkan bahawa engkaulah insan yang aku pilih untuk menjadi ratu hatiku. Aku berjaya meyakinkan mereka tetapi mereka sangsi terhadap dirimu. Sayang, aku tahu kau tetap tabah menghadapi dugaan sebegini. Aku tahu kau tidak ambil peduli malah melayan orang tua dan saudaraku seperti keluargamu sendiri. Aku amat berbangga memilikimu....
Masihkah kau ingat semasa kita pulang ke kampung dahulu? Ibuku seperti tidak mahu melayanmu. Aku malu dengan tindakan ibu tapi apakan daya, dia adalah ibuku. Kau tetap bersabar melayan kerenah mereka. Aku tahu kita berlainan profil tapi itu tidak sepatutnya keluargaku memandang rendah terhadap dirimu. Malah, aku cukup bersyukur kerana dikurniakan insan yang biasa seperti dirimu. Alhamdulillah, berkat kesabaran kita akhirnya sekarang kita memiliki 3 orang anak hasil percintaan kita selama ini. Sayang, kau tetap istimewa dalam hatiku.
Selepas 14 tahun mengecapi kebahagiaan bersamamu, aku tidak lagi dapat membahagiakanmu. Aku terlibat dengan kemalangan. Seluruh badanku lumpuh dan hidupku hanya terlantar dikatil. Pada waktu itu, aku dapat melihat kau bersusah payah menjagaku, mencari nafkah dan menjaga anak-anak. Aku terlalu kasihan pada dirimu kerana kau tidak ada masa untuk berehat. Sayang, aku mahu melepaskanmu. Aku tidak mahu melihatmu terseksa begini. Aku mahukan kau bahagia disamping orang yang normal. Lalu, kau genggam tanganku dan mengatakan, kau tidak sesekali akan meninggalkan diriku walaupun ku cacat sehingga akhir hayat. Kau kucup tanganku dan berjanji akan berada disampingku. Anita, kau menangis sayang. Aku tidak dapat menahan sebak dari kata-katanya. Kalau dahulu seluruh keluargaku mencemuh aku memiliki wanita ini, tetapi wanita inilah yang membahagiakan aku walaupun aku berada dalam kesempitan. Anita, kau hanyalah insan yang biasa dan tidak mempunyai apa-apa. Tetapi, kau sudah membuktikan kepada keluargaku bahawa kaulah insan yang luar biasa.
sedey siot citer nie..
ReplyDeleteuntung sape dpt anita 2...
ko kate aku jiwang..
ko 2 lg la jiwang karat giler..
waaa..awk wat citer ni adie?Congratz..:)
ReplyDeletesedeynye..awk minat menulis gk ke?
[bella]
ReplyDeleteaku tk jiwang..
aku tulis je yg jiwang2..hahah
[nurulfzz]
yup..tuh waktu skul dulu..
skrg takde mase...huhu