Wednesday, April 8, 2009

feVeret gaME

salam dan selamat paGi buta...

post kali ney utk julung kalinyer dalam bulan april, aku nk citer sket pasal perkembangan terbaru sukan hoki negara... first skali, aku nk ucapkan tahniah coz korang team malaysia dah balas balek and impian korang dah semakin tercapai...ade sket ag perjalanan yg korang perlu tempuhi demi mencapai cita2 korang tuh...huhuhu...nak tau lebey lanjut, bace la kat bawah ney k...aku copy dr utusan meLayu...

Hoki: Malaysia hampiri final

IPOH - Laluan Malaysia ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah ke-18 semakin cerah setelah mengalahkan Mesir 4-1 di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam semalam.

Kemenangan itu merupakan kemenangan kedua skuad bimbingan Tai Beng Hai yang mana berjaya menumpaskan Pakistan 3-2 Ahad lalu.

Skuad kebangsaan mendapat gol pertama melalui kuisan Ismail Abu pada minit ke-18 dan Engku Abd. Malek Engku Mohamad menyumbatkan gol kedua pada minit ke-39.

Selepas itu, Malaysia menambah dua gol lagi melalui Chua Boon Huat (m-65) dan Mohd. Amin Rahim (m-68).

Gol tunggal Mesir dijaringkan oleh Ahmed Abd El Hakiem pada minit ke-45.

Sementara itu, juara 1999, 2000 dan 2003, Pakistan kalah lagi apabila tumpas 2-3 kepada New Zealand

New Zealand yang menduduki ranking ketujuh dunia memperolehi gol melalui Priyesh Bhana ( m-6 ) dan diikuti oleh Nicholas Haig (m-43) dan Dean Couzins (m-68).

Gol Pakistan dijaringkan oleh Muhammad Imran pada minit ke-8 dan 22 melalui pukulan sudut pendek.

No comments:

Post a Comment